
Artikel
Perkep Malaysia Adakan Lawatan Kebajikan Anggota Polis Di Ppum
Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan kebajikan seorang anggota polis wanita dari Cawangan Pengurusan...
Kuala Lumpur, 1 Mac 2024 – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan lawatan kebajikan seorang anggota polis wanita dari Cawangan Pengurusan Institusi Latihan, Pengajian Memandu, Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia Bakri, Sarjan Siti Norhalijah Abdul Rashid dekat Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini pagi tadi.
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Sri Zainah Othman bertujuan memberi sokongan moral kepada Sarjan Siti Norhalijah yang menghidap penyakit barah disamping menunjukkan keprihatinan PERKEP Malaysia ke atas hal-hal kebajikan warga PDRM.
Dalam lawatan itu juga, Puan Sri Zainah turut menyampaikan sumbangan kebajikan dari PERKEP Malaysia dan mendoakan agar Sarjan Siti Norhalijah diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
Hadir sama, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datin Nassariah Mohd Nassir merangkap Ketua Biro Kebajikan PERKEP Malaysia, Naib Pengerusi I PERKEP Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Puan Zalma Jusoh serta Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) JIPS Bukit Aman merangkap Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Wong Ting Lee.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.




