Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkep Kontinjen Negeri Sembilan Juara Tenpin Bowling Piala Pengerusi Perkep Malaysia

Published: 01 Mar 2019 3.59 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Subang Jaya, 1 Mac 2019 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan kategori berpasukan dan individu selepas menewaskan 35 pasukan lain dalam Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia yang berlangsung hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-kontinjen-negeri-sembilan-juara-tenpin-bowling-piala-pengerusi-perkep-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:16 MYT

Subang Jaya, 1 Mac 2019 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan kategori berpasukan dan individu selepas menewaskan 35 pasukan lain dalam Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia yang berlangsung hari ini. 

Akur dengan kehebatan permainan yang ditonjolkan oleh pihak lawan, PERKEP Cawangan Khas dan PERKEP Kontinjen Selangor hanya mampu menduduki tempat kedua serta ketiga dalam kategori berpasukan dengan sedikit perbezaan mata iaitu 1,762 berbalas 1,760. 

Manakala bagi kategori individu, dua tempat teratas diungguli peserta dari PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan sementara tempat ketiga milik peserta dari PERKEP Cawangan Khas. 

Kejohanan yang diadakan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid pagi tadi itu melibatkan penyertaan dari semua jabatan, kontinjen dan formasi seluruh negara serta turut mempertandingkan kategori secara berpasukan dan individu yang melibatkan tetamu kehormat (VIP). 

Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shariza Saad @ Mansor dalam ucapan perasmiannya turut berbangga dengan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan ahli PERKEP dan para peserta yang terlibat. 

Para pemenang kejohanan  turut diraikan dalam satu majlis makan malan yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, malam tadi. 

Selain hadiah, juara keseluruhan turut membawa pulang piala pusingan kejohanan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah para Pengerusi PERKEP Jabatan, para Pengerusi PERKEP Kontinjen, Briged, Maktab, PULAPOL, ahli-ahli PERKEP dan pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor
PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan menjulang Piala Pusingan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing, people playing sport, people on stage, shoes and basketball court
Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shariza Saad @ Mansor membuat balingan pertama simbolik perasmian Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia

Image may contain: one or more people, shoes, basketball court and indoor
Sekitar Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid.

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing
Antara yang hadir ke Majlis Makan Malam Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP Malaysia.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
Sekitar sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shariza Saad @ Mansor.

ArticlePublished 01 Mar 2019 3.59 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM