Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perkembangan Arahan Menteri Kdn Polis Akan Panggil Pihak Berkaitan Buku Hina Jata Negara

Published: 29 Jun 2020 7.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Jun 2020 - Polis akan memanggil individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkembangan-arahan-menteri-kdn-polis-akan-panggil-pihak-berkaitan-buku-hina-jata-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT

Kuala Lumpur, 29 Jun 2020 - Polis akan memanggil individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya sudah menerima beberapa laporan polis dan kertas siasatan juga sudah dibuka.

"Mereka yang terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen berhubung sebuah buku bertajuk 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia' disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut https://www.hmetro.com.my/…/polis-panggil-pihak-berkaitan-b…

ArticlePublished 29 Jun 2020 7.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM