Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perjuangan Wira Wira Balai Polis Bukit Kepong Kekal Dalam Ingatan

Published: 23 Feb 2022 8.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Walaupun sudah 72 tahun peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong berlaku, ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perjuangan-wira-wira-balai-polis-bukit-kepong-kekal-dalam-ingatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:16 MYT
Walaupun sudah 72 tahun peristiwa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong berlaku, ia masih kekal terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Menyingkap kejadian yang berlaku pada awal pagi 23 Februari 1950, seramai 180 pengganas komunis telah mengepung sekeliling kawasan balai sebelum menyerang anggota-anggota polis yang sedang bertugas ketika itu.

Meskipun telah berjuang habis-habisan bagi mematah serangan musuh dan mempertahankan balai serta keluarga tercinta, namun akhirnya seorang demi seorang wira negara bersama isteri mereka gugur menyembah bumi.

Peristiwa berdarah itu berakhir dengan 25 nyawa terkorban yang terdiri daripada 15 anggota polis, empat anggota polis bantuan dan enam ahli keluarga termasuk dua orang awam. Manakala empat lagi anggota polis mengalami kecederaan parah.

Semoga pengorbanan wira-wira negara bersama ahli keluarga mereka yang tercinta dalam peristiwa tersebut akan terus dihargai dan dikenang oleh semua rakyat Malaysia.

Bersama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat wira-wira Balai Polis Bukit Kepong. Semoga roh mereka yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan para solihin. Al-Fatihah.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23022022

May be an image of 9 people and text that says 'Û Terbitan &Konsen ea Dalam Ingatan PARA PEJUANG BALAI POLIS BUKIT KEPONG 72 TAHUN (23 FEBRUARI 1950 H
ArticlePublished 23 Feb 2022 8.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM