Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perhimpunan Agung Interpol Ke 92 Pdrm Australian Federal Police Capai Kata Sepakat Perkukuh Hubungan Kerjasama

Published: 06 Nov 2024 6.33 PM Updated: 15 Aug 2026 7.06 PM
Nota persefahaman itu ditandatangani dalam pertemuan empat mata di antara Tan Sri Razarudin dengan Commissioner Reece di Perhimpunan Agung International Criminal Police Organization (INTERPOL) Kali Ke-92, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perhimpunan-agung-interpol-ke-92-pdrm-australian-federal-police-capai-kata-sepakat-perkukuh-hubungan-kerjasama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Glasgow, 6 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mencatat lembaran baharu dalam hubungan kesepakatan kerjasama serantau bersama Australian Federal Police (AFP) setelah nota persefahaman ditandatangi di antara Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama rakan sejawatannya, Commissioner Reece P. Kershaw APM.

Nota persefahaman itu ditandatangani dalam pertemuan empat mata di antara Tan Sri Razarudin dengan Commissioner Reece di Perhimpunan Agung International Criminal Police Organization (INTERPOL) Kali Ke-92, di sini.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, PDRM dan AFP komited untuk memperkasakan lagi kerjasama dalam menangani jenayah terorisme, eksploitasi kanak-kanak, jenayah terancang dan siber, pemerdagangan manusia serta meningkatkan keupayaan forensik dalam kedua-dua agensi bersahabat.

Melalui kerjasama erat itu juga, PDRM bersama AFP akan meningkatkan lagi perkongsian maklumat risikan berkaitan jenayah kedua-dua negara di samping bertukar-tukar kepakaran dalam pelbagai bidang kepolisan.

Dalam pertemuan tadi juga, Tan Sri Razarudin turut mengulangi hasrat beliau untuk menjadikan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur sebagai sebuah hub penyelidikan serantau dalam bidang keselamatan siber, jenayah dalam talian dan narkotik. Beliau turut berbesar hati menjemput AFP untuk bekerjasama dalam menjayakan inisiatif tersebut yang pastinya boleh meningkatkan lagi hubungan kerjasama dengan PDRM.

Perkara tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada Commissioner Reece apabila beliau turut menawarkan kepakaran latihan kepada warga PDRM di Australian Centre to Counter Child Exploitation yang terletak di Brisbane, Australia.

Hadir sama dalam pertemuan hampir sejam tadi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Penolong Pengarah NCB INTERPOL, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintenden Saravanan Kanniappan.

May be an image of 2 people, newsroom, dais and text

May be an image of 8 people, suit and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people


ArticlePublished 06 Nov 2024 6.33 PMUpdated 15 Aug 2026 7.06 PM