Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm

Published: 30 Jun 2015 5.07 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 1 Julai - Bagi mengimarakhkan lagi bulan Ramadhan kali ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan Majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang semalam. Majlis pada kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perdana-menteri-berbuka-puasa-bersama-warga-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:46 MYT


Kuala Lumpur, 1 Julai
- Bagi mengimarakhkan lagi bulan Ramadhan kali ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan dan Majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, petang semalam.

Majlis pada kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukkan sebanyak 15,000 unit perumahan baru untuk warga PDRM serta sumbangan RM1juta untuk masjid-masjid PDRM seluruh negara.

Selepas solat maghrib berjemaah,Perdana Menteri menyampaikan sumbangan duit raya dan bungkusan hari raya kepada anak-anak yatim di kalangan warga PDRM serta simbolik penyerahan kurma kepada wakil imam-imam masjid PDRM seluruh negara.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Alwi Hj Ibrahim, pucuk pimpinan PDRM, tetamu-tetamu kenamaan ,warga PDRM, pesara polis dan warga KDN.

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak 

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Ketibaan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak 

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Ucapan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Penyampaian sumbangan Duit raya dan bungkusan hari raya kepada anak- anak yatim di kalangan warga PDRM

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga Pdrm
Tetamu-tetamu yang hadir 


ArticlePublished 30 Jun 2015 5.07 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM