Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peraturan 3c Pegawai Awam Kpn Bersemuka Dengan Para Penyelia Peringkat Zon Timur

Published: 28 Feb 2024 11.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 28 Februari 2024 - Setelah siri jelajah ke Kontinjen Zon Utara 18 Februari lalu, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini ke Dewan Auditorium RTM Kuantan dekat sini untuk bersemuka dengan para penyelia yang terdiri daripada barisan Ketua Polis Negeri, para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah di Kontinjen Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk mengingatkan mereka tentang Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peraturan-3c-pegawai-awam-kpn-bersemuka-dengan-para-penyelia-peringkat-zon-timur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT
 
Kuantan, 28 Februari 2024 - Setelah siri jelajah ke Kontinjen Zon Utara 18 Februari lalu, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini ke Dewan Auditorium RTM Kuantan dekat sini untuk bersemuka dengan para penyelia yang terdiri daripada barisan Ketua Polis Negeri, para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah di Kontinjen Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk mengingatkan mereka tentang Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tujuan diadakan program seumpama itu bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kesediaan para penyelia di segenap peringkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperkukuh "command and control" pegawai dan anggota di bawahnya selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan penjawat awam yang sedia ada.

Ia juga bertujuan meletakkan kembali hala tuju Pasukan pada landasan yang seiring dengan hasrat pucuk pimpinan Pasukan untuk menjadikan PDRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang terulung dalam negara.

Menerusi amanatnya tadi, Tan Sri Razarudin sekali lagi menegaskan bahawa Pasukan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana penyelia yang gagal dalam penyeliaan pegawai mahupun anggota bawahannya, selain menyeru agar setiap daripada mereka mestilah mengambil tahu tentang keadaan serta penugasan penyeliaannya.

Tan Sri Razarudin turut menyinggung sikap sesetengah penyelia yang dilihat seolah-olah 'kurang taring' dan gagal untuk menegur bawahan mereka sehingga boleh membawa implikasi negatif kepada Pasukan.

Bagi memperbetulkan perkara tersebut, beliau selaku pucuk pimpinan Pasukan telah mengambil langkah memperkasa Peraturan 3C yang melibatkan Kelakuan dan Tatatertib warga PDRM untuk memastikan kredibiliti warganya sentiasa terjaga dan terpelihara di kaca mata masyarakat.

Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin juga berharap dengan adanya penyeliaan yang rapi, kualiti siasatan para pegawai penyiasat dan prosedur operasi standard yang sedia ada diamalkan dalam Pasukan dapat dilaksana dengan penuh integriti dan cemerlang demi menjamin kesejahteraan masyarakat.

"Untuk itu, saya mahu penyelia di semua peringkat sentiasa berusaha untuk meningkatkan moral dan integriti warga kerja Pasukan, kerana dalam sesangkak telur tidak semuanya rosak", ujar Tan Sri Razarudin.

Yang turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan SAC Dasar Strategik Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, SAC Azman Abd. Razak serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

Mungkin imej 1 orang dan teks

Mungkin imej 1 orang, klarinet dan orang ramai

Mungkin imej teks

Mungkin imej 1 orang, piano, seksofon, orang ramai dan teks

Mungkin imej 9 orang dan teks
Mungkin imej 3 orang, dais dan teks

ArticlePublished 28 Feb 2024 11.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM