Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penyamun Kedai Dobi Didakwa

Published: 26 Sep 2018 1.08 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini terhadap tiga pertuduhan melakukan samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya serta Taman Ria, Sungai Petani, awal bulan ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penyamun-kedai-dobi-didakwa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:46 MYT

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini terhadap tiga pertuduhan melakukan samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya serta Taman Ria, Sungai Petani, awal bulan ini.

Tertuduh Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd Zahir, 21, mengaku bersalah, manakala rakannya Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mereka bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang ke atas telefon bimbit milik wanita berusia 23 tahun di hadapan sebuah pasar raya pada 7.15 pagi, 10 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang ke atas barang kemas dan barangan peribadi milik wanita berusia 37 tahun di sebuah kedai mencuci pakaian di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada 7 pagi, 11 September lalu.

Manakala, dalam pertuduhan ketiga, mereka didakwa merompak berkumpulan menggunakan parang ke atas wang tunai berjumlah RM1,500, telefon bimbit dan aksesori lain milik remaja lelaki berusia 17 tahun di sebuah kedai di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada 7.15 pagi, 11 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Savinder Singh Jugindar Singh, manakala Mohamad Zulfikar Nazriq tidak diwakili peguam sementara Muhammad Asmuhairyl diwakili peguam G Shanmugan.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh untuk jatuh hukuman ke atas Mohamad Zulfikar yang tidak dibenarkan ikat jamin.

Tarikh sama juga ditetapkan bagi sebutan semula ke atas Muhammad Asmuhairyl dan dia dibenarkan diikat jamim sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan.

Minggu lalu, kedua-dua tertuduh menjadi ‘popular’ di media sosial apabila tindakan mereka menyamun dua premis perniagaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV), selain netizen mengemukakan pelbagai komen di laman sosial Facebook salah seorang daripada mereka.

ArticlePublished 26 Sep 2018 1.08 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM