
Penubuhan Sekretariat Ke 10 Tahun Aseanapol Terus Lakar Kejayaan Di Rantau Asia Tenggara
Kuala Lumpur, 8 Januari 2020 - Walaupun pelbagai cabaran telah diharungi sepanjang 10 tahun penubuhannya, Sekretariat ASEANAPOL tetap gah sebagai sebuah badan penyelaras dalam menjalin dan meningkatkan kerjasama antara negara anggota bagi memerangi jenayah transnasional khasnya di rantau Asia Tenggara.
Ketua Polis Negara merangkap Pengerusi Tetap Sekretariat ASEANAPOL, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, dari awal penubuhannya pada tahun 2010, Sekretariat telah mengorak langkah menjadi badan penguatkuasa undang-undang di peringkat tempatan dan antarabangsa sehinggakan diiktiraf di peringkat global.
Jelas beliau, penghormatan mestilah diberikan kepada barisan kepimpinan terdahulu dan sekarang yang menjadikan ASEANAPOL dikenali sehingga ke hari ini.
"Terima kasih juga kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang telah diberikan selama ini dalam membantu usaha ASEANAPOL memastikan keamanan dan kestabilan serantau terjaga," ujar beliau dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat ASEANAPOL di Ibu Pejabat ASEANAPOL, Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, pagi tadi.
Ketua Pengarah Polis, Kementerian Keselamatan Sosial Republik Sosialis Vietnam merangkap Pengerusi ASEANAPOL, Police Senior Colonel Le Duc Tuyen menjadi saksi kepada penyerahan tugas Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL oleh Police Colonel Kenechanh Phommachck dari Laos kepada penyandang baharu, Deputy Assistant Commisioner Jim Wee dari Singapura.
Turut berlangsung ialah majlis penyampaian cenderahati kepada bekas Pengarah Pelan dan Program Sekretariat ASEANAPOL, ACP Aidah Othman dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL, Superintenden Tang Yik Tung yang telah menamatkan tugas mereka dalam badan induk tersebut.
Terdahulu, telah berlangsung Majlis Kunjungan Hormat ke atas Tan Sri Abdul Hamid oleh Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck dan Police Senior Colonel Le Duc Tuyen di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketibaan para tetamu kehormat tersebut sebagai memenuhi undangan ASEANAPOL dengan disambut oleh barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum mereka menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama oleh Pasukan Simpanan Persekutuan di lobi Menara 1.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan para pegawai kanan PDRM.
Bergambar kenangan.
Sekitar suasana Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat ASEANAPOL di Ibu Pejabat ASEANAPOL, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Sekitar suasana Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat ASEANAPOL di Ibu Pejabat ASEANAPOL, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat ASEANAPOL di Ibu Pejabat ASEANAPOL, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
Sekitar Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck dan Ketua Pengarah Polis, Kementerian Keselamatan Sosial Republik Sosialis Vietnam merangkap Pengerusi ASEANAPOL, Police Senior Colonel Le Duc Tuyen di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama.
Sekitar pemeriksaan baris oleh Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck.
Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck menandatangani buku pelawat.
Ketua Pengarah Polis, Kementerian Keselamatan Sosial Republik Sosialis Vietnam merangkap Pengerusi ASEANAPOL, Police Senior Colonel Le Duc Tuyen menandatangani buku pelawat.
Sekitar Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Polis Singapura, CP Hong Wee Teck dan Ketua Pengarah Polis, Kementerian Keselamatan Sosial Republik Sosialis Vietnam merangkap Pengerusi ASEANAPOL, Police Senior Colonel Le Duc Tuyen di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.