Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penonton Lumba Haram Boleh Dikenakan Tindakan Polis

Diterbitkan: 20 Jul 2015 9.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 20 Julai- Polis tidak akan berkompromi dengan penunggang motosikal dan penonton yang berkumpul di sepanjang jalan untuk menyaksikan perlumbaan haram, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penonton-lumba-haram-boleh-dikenakan-tindakan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 03:28 MYT

Kuala Terengganu, 20 Julai- Polis tidak akan berkompromi dengan penunggang motosikal dan penonton yang berkumpul di sepanjang jalan untuk menyaksikan perlumbaan haram, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar.

Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menghalang kelancaran lalu lintas.

"Kita dapati kehadiran penonton di sepanjang jalan seperti memberi dorongan kepada penunggang motosikal untuk melakukan aktiviti lumba haram termasuk mempamerkan aksi berbahaya di jalan raya.

"Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas operasi membanteras samseng jalanan di sini, hari ini.

Seramai 29 orang ditahan dan sebanyak 15 saman dikeluarkan kepada samseng jalanan dalam operasi itu yang bermula 3 pagi hingga 7 pagi tadi.

Idris berkata daripada jumlah itu, seramai empat lelaki berusia 17 hingga 26 tahun diberkas kerana menunggang di bawah pengaruh dadah dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methapitamine.

Pihaknya turut menahan sebuah kereta Proton Wira bersama pemandu dan empat penumpang berusia 16 hingga 26 tahun yang leka menonton aksi mat rempit itu.

"Kita dapati modus operandi kumpulan ini juga berubah dari sekitar 11 malam hingga 3 pagi kepada 3 pagi hingga 6.30 pagi bagi mengelak diberkas pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya tindakan kumpulan itu yang membabitkan kira-kira 1,000 motosikal di jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas serta membahayakan pengguna lain dan polis tidak menolak kemungkinan kegiatan itu didalangi individu tidak bertanggungjawab.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Jul 2015 9.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM