Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penjenayah Tegar Ditangkap Kerana Memandu Kereta Curi

Published: 17 Jun 2014 7.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Hasil risikan sepasukan polis dari Unit Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, suspek berjaya ditangkap sekitar jam 12.30 pagi semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjenayah-tegar-ditangkap-kerana-memandu-kereta-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:27 MYT

KUCHING: Seorang lelaki yang memiliki rekod jenayah lampau ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut selepas ditangkap memandu sebuah kereta dipercayai kereta curi, awal pagi semalam.

Suspek, 32, ditahan di sekitar kawasan Padungan di sini apabila dilihat memandu sebuah kereta jenis Proton Waja yang dilaporkan hilang pada 5 Julai lepas di Jalan Keretapi.

Hasil risikan sepasukan polis dari Unit Khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, suspek berjaya ditangkap sekitar jam 12.30 pagi semalam.

Pemeriksaan pihak polis ke atas kereta tersebut menjumpai empat buah beg bimbit yang mengandungi beberapa barang dipercayai peralatan untuk digunakan memecah masuk rumah.

Suspek yang berasal dari Batu Kitang, Bau, dekat sini telah dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk siasatan lanjut dan kereta tersebut juga dirampas untuk membantu siasatan.

Sumber : Utusan Borneo

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM