Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penghantar Ikan Mengaku Salah Hina Polis

Published: 26 Oct 2018 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 26 Oktober 2018 - Seorang penghantar ikan patin mengaku bersalah atas kesalahan menghina dua anggota polis yang maut dalam kemalangan menerusi ruangan komen di laman sosial Facebook di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penghantar-ikan-mengaku-salah-hina-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:25 MYT

Kuantan, 26 Oktober 2018 - Seorang penghantar ikan patin mengaku bersalah atas kesalahan menghina dua anggota polis yang maut dalam kemalangan menerusi ruangan komen di laman sosial Facebook di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Hannan Ibrahim, 27, dari Kampung Parit Tengah, Pekan membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih bujang, dengan niat meninggalkan komen menghina dua anggota polis yang maut dalam kemalangan jalan raya dalam kumpulan Komuniti Kuantan di laman sosial Facebook bertujuan bagi menyakitkan hati sesetengah pihak.

Tindakan tersebut dilakukan menggunakan sebuah telefon pintar jenis Samsung J2 Prime di persimpangan Jalan Wong Ah Jang di sini, Selasa lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Fatinah Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh tangkap. - K! ONLINE

Penghantar Ikan Mengaku Salah Hina Polis

ArticlePublished 26 Oct 2018 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM