
Artikel
Pengerusi Perkep Malaysia Dianugerahkan D P S M Daripada Yang Di Pertua Negeri Melaka
Melaka, 24 Ogos 2025 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose hari ini dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri...
Melaka, 24 Ogos 2025 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose hari ini dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk' daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.
Beliau yang juga suri kepada Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima anugerah tersebut dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman.
Seramai lima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dianugerahkan D.P.S.M. termasuk bekas Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Alzafny Ahmad serta Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Datuk M. V. Srikumar Madhavan Nair.
Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi PERKEP Malaysia dan barisan penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2025.
Kemuncak acara ialah Majlis Makan Malam Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka yang turut dihadiri Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama Datin Sri Datuk Hjh. Munirah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar