Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengerusi Perkep Malaysia Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Kontinjen Kelantan

Diterbitkan: 07 Jun 2026 1.10 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.59 PM
Kota Bharu, 7 Jun 2026 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengerusi-perkep-malaysia-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-kontinjen-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Kota Bharu, 7 Jun 2026 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Hjh. Hasnizan Hasan sebelum ke sesi kunjungan ke atas Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat di pejabatnya.

Lawatan kerja itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan kerjasama antara PERKEP Malaysia dengan PERKEP Kontinjen Kelantan dalam usaha memperkasakan kebajikan warga Polis Diraja Malaysia serta ahli keluarga.

Turut mengiringi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datin Syamson Syuhaila Razali dan Penolong Setiausaha Agung II PERKEP Malaysia, ASP Noor Hasliza Mohd Yusoff.

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan

May be an image of one or more people, dais and text 
May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and dais
ArtikelDiterbitkan 07 Jun 2026 1.10 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.59 PM