Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengerusi Comintel Corporation Bhd Temui Kpn

Diterbitkan: 20 Jun 2019 10.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 12.15 PM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengerusi-comintel-corporation-bhd-temui-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:49 MYT

Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi. 

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan peralatan telekomunikasi berupa ‘walkie-talkie’ iaitu RMPnet oleh pihak Comintel Corporation Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan dalam penugasan seharian.

Selain itu, pertemuan ini juga menjadi medan perbincangan dan saling bertukar-tukar pandangan di samping menjalinkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad, Pemangku Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Ramli Hassan, pegawai kanan PDRM dan delegasi Comintel Corporation Bhd.

_MG_4912
Ketibaan Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

_MG_4913
Ketibaan delegasi Comintel Corporation Bhd disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

_MG_4926
Sekitar kunjungan hormat Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

_MG_4914
Sekitar kunjungan hormat Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

_MG_4920
Sekitar kunjungan hormat Pengerusi Comintel Corporation Bhd, Tan Sri Samsuri Arshad ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
ArtikelDiterbitkan 20 Jun 2019 10.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 12.15 PM