Pengedar Ditahan Beberapa Jenis Dadah Dirampas
Temerloh, 19 Julai - Polis menahan seorang pengedar dan
merampas beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira
RM24,500 di tempat letak kereta di sebuah resort di Mentakab Rabu lepas.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata suspek yang
ditahan berumur 57 tahun dan polis menemui 101.70 gram syabu yang
disimpan di dalam beg yang dibawanya.
Turut ditemui heroin seberat 22 gram, 200 biji pil Eramin 5 seberat 59.20 gram dan 172 biji pil WY.
"Kita
juga merampas botol yang diubah suai yang disyaki alat untuk menghisap
dadah. Suspek juga didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau di
bawah kesalahan narkotik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zundin berkata suspek dipercayai menjalankan aktiviti mengedar di sekitar Mentakab dan sini.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang
membawa hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 39A(1) akta yang sama
yang membawa hukuman penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Sumber : BERNAMA