Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Ditahan Beberapa Jenis Dadah Dirampas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Temerloh, 19 Julai - Polis menahan seorang pengedar dan merampas beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM24,500 di tempat letak kereta di sebuah resort di Mentakab Rabu lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-ditahan-beberapa-jenis-dadah-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT

Temerloh, 19 Julai - Polis menahan seorang pengedar dan merampas beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM24,500 di tempat letak kereta di sebuah resort di Mentakab Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata suspek yang ditahan berumur 57 tahun dan polis menemui 101.70 gram syabu yang disimpan di dalam beg yang dibawanya.

Turut ditemui heroin seberat 22 gram, 200 biji pil Eramin 5 seberat 59.20 gram dan 172 biji pil WY.

"Kita juga merampas botol yang diubah suai yang disyaki alat untuk menghisap dadah. Suspek juga didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau di bawah kesalahan narkotik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zundin berkata suspek dipercayai menjalankan aktiviti mengedar di sekitar Mentakab dan sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati dan Seksyen 39A(1) akta yang sama yang membawa hukuman penjara dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM