Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengedar Dan Penagih Dadah Kantoi Dengan Polis

Published: 06 Jul 2015 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki yang sedang menghantar bekalan dadah jenis heroin di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bunos di Kuala Lumpur kantoi setelah dia ditangkap oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju yang sedang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dan-penagih-dadah-kantoi-dengan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:41 MYT

Seorang lelaki yang sedang menghantar bekalan dadah jenis heroin di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bunos di Kuala Lumpur kantoi setelah dia ditangkap oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju yang sedang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis daerah, Supt. Mohd Roy Suhaimi Sariff berkata, lelaki terbabit ditahan bersama lima paket lut sinar berisi dadah seberat 19.64 gram.

Hasil ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, polis Wangsa Maju turut menahan 24 individu lain dalam operasi berasingan kerana disyaki menagih dadah.

Sumber: Harian Metro

Pengedar Dan Penagih Dadah Kantoi Dengan Polis
ArticlePublished 06 Jul 2015 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM