
Artikel
Pengarah Pengurusan Pengerusikan Mesyuarat Agung Kali Ke 18 Kks Pdrm Tahun 2025
Kuala Lumpur, 19 Disember 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini mempengerusikan Mesyuarat Agung Kali Ke-18 Kelab Kebajikan,...
Kuala Lumpur, 19 Disember 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid hari ini mempengerusikan Mesyuarat Agung Kali Ke-18 Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Ketibaan beliau sekitar jam 9.00 pagi itu disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yusof.
Agenda mesyuarat tadi antaranya mengenai pembentangan dan pengesahan laporan tahunan serta pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2026/2027.
Seusai mesyuarat, Dato’ Sri Abdul Aziz yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turut merasmikan penutupan mesyuarat dan berbesar hati menyampaikan sumbangan grant kepada wakil Persatuan-persatuan PDRM dan Tabung Kebajikan, Sukan dan Sosial Kontinjen, Briged serta Formasi bagi menjayakan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial dalam kalangan warga Pasukan.
Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis negeri, Komandan dan Komander Pasukan serta para pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Jabatan Pengurusan PDRM




