Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jspt Iring Kepulangan Bekas Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol

Diterbitkan: 12 Jan 2024 10.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 12 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengiringi kepulangan bekas Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL , Police Brigadier General Zaw Lin Tun dari Myanmar Police Force di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jspt-iring-kepulangan-bekas-pengarah-eksekutif-sekretariat-aseanapol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:29 MYT
 
Sepang, 12 Januari 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri mengiringi kepulangan bekas Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL , Police Brigadier General Zaw Lin Tun dari Myanmar Police Force di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Police Brigadier General Zaw Lin Tun yang menjawat jawatan Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL ke-7 telah menyerahkan jawatannya kepada penyandang baharu, Police Colonel David Martinez Vinluan berkuatkuasa semalam dalam majlis serah terima tugas yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Selain Police Brigadier General Zaw Lin Tun turut pulang ke negara asal adalah Pengarah Eksekutif Sekretariat ASEANAPOL yang baharu, Police Colonel David Martinez Vinluan dari Phillipines National Police dan Pengerusi ASEANAPOL, Brigadier General Kenechanh Phommachack, Deputy Chief of Lao Police Force Police bersama delegasi masing-masing.

Hadir mengiringi delegasi-delegasi berkenaan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat Tetap ASEANAPOL, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin serta beberapa pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 11 people and crowd

May be an image of 6 people and text that says 'MILIK PDRM'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2024 10.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM