Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jsjk Dan Jsj Hadiri Pertemuan Menteri Komunikasi Dengan Pihak Meta

Diterbitkan: 22 Sep 2025 12.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 22 September 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu menghadiri sesi pertemuan khas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil dengan pihak Meta di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jsjk-dan-jsj-hadiri-pertemuan-menteri-komunikasi-dengan-pihak-meta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:12 MYT
Putrajaya, 22 September 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu menghadiri sesi pertemuan khas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil dengan pihak Meta di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hari ini.

Pertemuan berkenaan memberi tumpuan kepada isu-isu kritikal melibatkan platform Meta, khususnya Facebook, termasuk aktiviti judi dalam talian, penipuan (scam), penyebaran berita palsu, kandungan berunsur 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) serta penjualan produk terlarang seperti cecair rokok elektronik yang mengandungi dadah.

Setakat 19 September 2025, sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan dikemukakan kepada Meta bagi platform Facebook, termasuk 120,127 berkaitan judi dalam talian. Namun, 37,722 kandungan masih gagal diturunkan.

Statistik JSJK Polis Diraja Malaysia turut merekodkan 18,128 kes penipuan e-dagang di Facebook, Instagram dan WhatsApp pada separuh pertama 2025, melibatkan kerugian kira-kira RM248 juta.

Walau bagaimanapun, pihak Meta memberi jaminan akan mempertingkatkan usaha dan kerjasama bagi memastikan kandungan yang menyalahi undang-undang dapat ditangani dengan lebih efektif.

Pertemuan tersebut turut disertai para pegawai kanan dan wakil kementerian serta agensi.

Sumber: Fahmi Fadzil

May be an image of text that says 'KENYATAAN MEDIA Bagaimanapun memberi MENTERI ditangani efektif. mempertingkatkan menyalahi - dapat DALAM UNTUK SIARAN SE

May be an image of 9 people and text that says 'MEETING WITH META TINGWITHMETAREGARDING A REGARDING INAPROPRIATE CONTENTS ON THE PLATFORMS (Facebook, PLATF

May be an image of 8 people, newsroom and text


ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2025 12.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM