
Article
Pengarah Jsjk Adakan Tinjauan Ke Pusat Ng Mers 999
Kuala Lumpur, 14 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengadakan tinjauan ke Pusat Panggilan Kecemasan Kebangsaan (NG MERS) 999 di Wy...
Kuala Lumpur, 14 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengadakan tinjauan ke Pusat Panggilan Kecemasan Kebangsaan (NG MERS) 999 di Wyndham Grand Bangsar, di sini, semalam.
Lawatan kerja tersebut bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada delegasi JSJK bersama rakan kolaborasi mengenai fungsi dan pengoperasian pusat berkenaan yang akan dijadikan contoh atau sumber bagi memperkemaskan pengoperasian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Hadir sama, rakan kolaborasi NSRC yang terdiri dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta National Financial Crime Centre.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil




