Article
Pengarah Jsj Terima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri Sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menguca...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain atas Penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) yang membawa gelaran “Dato' Seri”.
Dato' Seri Mohd Shuhaily dikurniakan D.G.P.N. dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 sempena Hari Ulang Tahun ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Hj. Abdul Razak yang berlangsung di Dewan Istiadat, Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, hari ini.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#14102023