Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengarah Jsj Tekankan Usaha Polis Perangi Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: 16 Mar 2020 11.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Mac 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed menekankan usaha dan peranan berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang hingga ke akar umbi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jsj-tekankan-usaha-polis-perangi-pemerdagangan-manusia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

Kuala Lumpur, 16 Mac 2020 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed menekankan usaha dan peranan berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang hingga ke akar umbi. 

Perkara tersebut disampaikan dalam Majlis Taklimat Khas Pengarah JSJ kepada lebih 200 pegawai JSJ peringkat kontinjen dan daerah yang berlangsung di Dewan Theatre, PULAPOL Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Jelas beliau, semua Ketua JSJ perlu mengambil tindakan yang serius dan proaktif dalam meningkatkan serbuan kes pemerdagangan orang. Ia bagi memperbaiki kedudukan Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat Tahun 2020 yang akan dikeluarkan pada bulan Julai ini.

Seterusnya, beliau turut menegaskan mengenai langkah berjaga-jaga khususnya kepada pegawai dan anggota yang bertugas di lapangan bagi mencegah penularan Corona Virus Disease 19 (COVID-19).

“Saya amat berharap agar pegawai dan anggota menghentikan sementara semua aktiviti luar dan lawatan atau percutian ke luar negara bagi mengelakkan dijangkiti virus semasa menjalankan tugas bagi mencegah penularan COVID-19,” katanya. 

Dato’ Huzir juga menggesa semua Ketua JSJ memastikan setiap pegawai penyiasat sentiasa mengemaskini status laporan dan prosedur siasatan yang diterima. Ia bertujuan meningkatkan tahap keyakinan masyarakat dalam memastikan mutu perkhidmatan PDRM sentiasa pada tahap terbaik.

Tetamu turut diperdengarkan taklimat berkenaan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan ATIPSOM (D3), SAC Tuan Fadil Marsus dan penerangan berkaitan laporan serta prosedur siasatan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Risikan/Operasi/Rekod (D4), SAC Tuan Alzafny Ahmad.

Selain itu, taklimat berkaitan garis panduan pengurusan tempat kejadian yang melibatkan penyakit berjangkit (COVID-19) telah disampaikan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ, DCP Dato’ Mohd Roze Haji Shaari dan Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ, DCP Tuan Mior Faridalathrash Wahid.

Image may contain: 2 people, indoor
Warga kerja JSJ bergambar kenangan bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed.

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed.

Image may contain: 2 people, crowd
Sekitar Majlis Taklimat Khas Pengarah JSJ kepada lebih 200 pegawai JSJ peringkat kontinjen dan daerah yang berlangsung di Dewan Theatre, PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 1 person
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan ATIPSOM (D3), SAC Tuan Fadil Marsus.

Image may contain: 1 person, standing
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmin.

Image may contain: 1 person
Sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Risikan/Operasi/Rekod (D4), SAC Tuan Alzafny Ahmad.

Image may contain: 6 people, people sitting
Sesi soal jawab.

Image may contain: 3 people, people standing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed menyampaikan cenderahati kepada Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmin.

ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2020 11.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM