Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pengarah Jabatan Kdnka Lawat Sempadan Malaysia Thailand

Published: 24 Dec 2024 2.22 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 24 Disember 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim tiba di sini untuk meninjau sendiri penugasan elemen di bawah jabatan beliau dalam OP Taring Wawasan Kelantan di sempadan negara jiran, Thailand, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengarah-jabatan-kdnka-lawat-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:50 MYT
Kota Bharu, 24 Disember 2024 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim tiba di sini untuk meninjau sendiri penugasan elemen di bawah jabatan beliau dalam OP Taring Wawasan Kelantan di sempadan negara jiran, Thailand, semalam.

Ketibaan beliau di sini semalam telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Mohd Yusoff Mamat dengan diiringi Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Rangka lawatan kerja beliau dimulakan dengan membuat tinjauan dari udara menggunakan helikopter AW139 milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke pos-pos kawalan PGA yang bersempadanan dengan negara jiran.

Tertib jadual beliau disusuli dengan membuat lawatan rasmi ke Balai Polis Pangkalan Kubor untuk menyantuni warga Pasukan sebelum ditaklimatkan tentang penugasan operasi harian petugas keselamatan oleh Datuk Nik Ros Azhan.

Program diakhiri dengan tinjauan menyusuri Sungai Golok menggunakan bot Pasukan Polis Marin dan beberapa pos kawalan seperti Pos Simpangan, Pos Nibong dan Pos Kaloi sebelum diberi “walking briefing” mengenai lokasi pangkalan haram yang telah dikenal pasti oleh Polis Kelantan.

Yang turut hadir Komander PGU, DCP Dato’ Noor Sham Md Jani, Ketua Penolong Pengarah PGA Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Shaiful Azmi Hussein Omar dan KPP Urusetia Jabatan KDNKA Bukit Aman, ACP Mohd Ashari Hj. Badawi.

ArticlePublished 24 Dec 2024 2.22 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM