
Pengarah Cawangan Khas Terima Penganugerahan Dgsm
Ayer Keroh, 11 Oktober 2020 - Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hasan menerima penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini yang membawa gelaran Datuk Seri.
Istiadat pengurniaan yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini adalah bersempena Sambutan Hari Jadi TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-71.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid atas penganugerahan DGSM tersebut.
Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hasan dan isteri, Datin Seri Dato' Asmawati Ahmad selepas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM).
Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hasan.
Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hasan bergambar kenangan bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.