
Artikel
Pengarah Cawangan Khas Dikurnia Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara
Datuk Zamri merupakan antara 12 penerima P.J.N. termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed dan bekas Pengarah Pengurusan, Datu...
Kuala Lumpur, 16 November 2021 - Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Zamri Yahya dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, hari ini.
Datuk Zamri merupakan antara 12 penerima P.J.N. termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed dan bekas Pengarah Pengurusan, Datuk Abd Rahim Jaafar dalam sesi kedua istiadat yang berlangsung di Istana Negara.