Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penganggur Dicekup Polis Ketika Lakukan Samun

Published: 23 Oct 2018 4.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
ALOR SETAR - Tindakan seorang penganggur menyamun juruwang di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 100 meter dari Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Langkawi dekat sini semalam menjerat diri apabila ditahan anggota polis yang kebetulan mengisi minyak di stesen tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penganggur-dicekup-polis-ketika-lakukan-samun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT

ALOR SETAR - Tindakan seorang penganggur menyamun juruwang di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 100 meter dari Ibu PejabatPolis Daerah (IPD) Langkawi dekat sini semalam menjerat diri apabila ditahan anggota polis yang kebetulan mengisi minyak di stesen tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, suspek berusia 48 tahun dicekup selepas menyamun wang tunai sebanyak RM600 daripada pekerja wanita berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian samun itu, suspek meletakkan pisau sepanjang 18 sentimeter pada leher mangsa dan mengarahkannya supaya menyerahkan wang.

"Mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM600 kerana takut dicederakan sebelum suspek cuba melarikan diri selepas ternampak kehadiran polis yang sedang mengisi minyak di situ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota Balai PolisKuah berkenaan selepas dikejar sejauh kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

"Dalam tangkapan itu, kita merampas sebilah pisau dan wang tunai RM600," ujarnya.

Sumber- Kosmo

Penganggur Dicekup Polis Ketika Lakukan Samun

ArticlePublished 23 Oct 2018 4.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM