Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengalaman Dan Idea Pesara Polis Perkukuh Hala Tuju Pdrm Kpn

Diterbitkan: 23 Jun 2026 8.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Cheras, 23 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa pandangan, pengalaman dan buah fikiran daripada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjadi aset penting dalam membantu memperkukuh hala tuju Pasukan, khususnya dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengalaman-dan-idea-pesara-polis-perkukuh-hala-tuju-pdrm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

Cheras, 23 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa pandangan, pengalaman dan buah fikiran daripada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjadi aset penting dalam membantu memperkukuh hala tuju Pasukan, khususnya dalam mendepani cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Kali Ke-42 yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid sekitar jam 9.10 pagi telah disambut oleh Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussien Mahayuddin bersama Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dr. Che Ghazali Che Awang.

Tambah Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid lagi, RESPA merupakan sebuah platform yang signifikan kerana menghimpunkan bekas pegawai kanan polis yang memiliki pengalaman luas hasil penglibatan mereka dalam pelbagai aspek keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang sepanjang perkhidmatan.

Menurut beliau, dalam menghadapi ancaman keselamatan moden termasuk jenayah siber dan jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks, sinergi antara kepakaran pesara serta pegawai yang masih berkhidmat amat diperlukan bagi memastikan PDRM kekal relevan, berwibawa serta diyakini masyarakat.

“Sinergi antara kepakaran para pesara dengan pegawai yang masih berkhidmat merupakan elemen penting bagi memastikan PDRM kekal relevan dan berwibawa sebagai tonggak keselamatan negara,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha RESPA yang sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan dan sosial demi menjaga kesejahteraan ahli serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan bekas warga Pasukan.

Pada masa sama, beliau menyeru ahli-ahli RESPA agar sentiasa mengemas kini maklumat peribadi dalam Sistem e-Pesara PDRM bagi memastikan urusan penyampaian maklumat, faedah dan ganjaran Kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Turut hadir, mantan Timbalan KPN, Tan Sri Hussin Hj. Ismail, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Noor Hisam Nordin, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar.

May be an image of text that says 'ខ ッ 9 SELAMAT DATANG HAK PDRI'

May be an image of dais and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎園時代 تس R f MAKTAB POLIS TABPOLISDIRAJAMALAYSIA DIRAJA MALAYSIA KUALALUMPUR KUALA LUMPUR PDRM

No photo description available.

No photo description available.


ArtikelDiterbitkan 23 Jun 2026 8.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM