Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Penduduk Panik Lelaki Bawa Parang Sambil Memandu

Published: 12 Feb 2019 2.30 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Lahad Datu, 12 Februari 2019 -Tindakan seorang lelaki membawa kereta sambil memegang parang telah menimbulkan kegusaran penduduk setempat setelah gambarnya tular di media sosial, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penduduk-panik-lelaki-bawa-parang-sambil-memandu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:20 MYT

Lahad Datu, 12 Februari 2019 -Tindakan seorang lelaki membawa kereta sambil memegang parang telah menimbulkan kegusaran penduduk setempat setelah gambarnya tular di media sosial, semalam.

Walaubagaimanapun hasil siasatan polis mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu baharu selesai mengambil pelepah kelapa dan gotong royong kenduri kahwin salah seorang ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor menjelaskan bahawa lelaki berkenaan telah disiasat dan diberikan amaran agar tidak mengulangi perkara tersebut.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai, memiliki atau membawa objek / senjata merbahaya di tempat umum merupakan satu kesalahan.

Tindakan lelaki berkenaan sekaligus menimbulkan kegusaran dan polismenasihati orang ramai supaya tidak menularkan berita yang tidak sahih.

Sumber : Harian Metro

Penduduk Panik Lelaki Bawa Parang Sambil Memandu
ArticlePublished 12 Feb 2019 2.30 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM