Pencuri Kenderaan Professional Ditahan
Polis Kajang berjaya mematahkan sindiket mencuri kenderaan mewah untuk dieksport ke luar negeri menggunakan kontena setelah berjaya menahan lima ahlinya di dua buah lokasi berasingan.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata, hasil soal siasat suspek juga telah turut membawa kepada penemuan kembali tiga buah kenderaan mewah yang disembunyikan oleh kumpulan sindiket ini di sebuah rumah di Taman Impian Ihsan.
Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 374 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.
Sumber: Harian Metro