Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penafian Video Tular Palsu Lelaki Mati Ditembak Bukan Di Sarawak Tetapi Di Ecuador

Diterbitkan: 22 Jan 2020 9.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padawan, 22 Januari 2020 - Polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes seorang lelaki mati ditembak di kedai makan seperti rakaman dalam video yang tular di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penafian-video-tular-palsu-lelaki-mati-ditembak-bukan-di-sarawak-tetapi-di-ecuador
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT

Padawan, 22 Januari 2020 - Polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes seorang lelaki mati ditembak di kedai makan seperti rakaman dalam video yang tular di media sosial.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan, berkata tidak ada siasatan dijalankan berhubung kes itu.

“Tiada laporan diterima mengenai kes ini, jadi tiada siasatan dijalankan. Kita berharap orang ramai tidak mudah panik menerima berita yang tidak ada kesahihan itu,” katanya di sini hari ini.

Video dimuat turun seorang pengguna media sosial menggunakan akaun Lim Eddy yang tular itu, difahamkan berlaku di Ecuador, bukannya di Batu Kawa.

Sehubungan itu, Aidil menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati menyebarkan berita yang belum sahih di media sosial.

“Buatlah semakan pengesahan dengan polis bagi memastikan kesahihannya. Penularan maklumat salah akan mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2020 9.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM