Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penafian Sebaran Mesej Pihak Polis Meletakkan Dadah Di But Kenderaan

Diterbitkan: 18 Jan 2019 8.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan diperangkap dengan cara diletakkan paket berisi dadah di bahagian but kenderaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penafian-sebaran-mesej-pihak-polis-meletakkan-dadah-di-but-kenderaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:50 MYT

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran mesej melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya oleh pihak polis kerana dikhuatiri akan diperangkap dengan cara diletakkan paket berisi dadah di bahagian but kenderaan.

Hasil semakan mendapati mesej yang ditularkan tersebut adalah TIDAK BENAR dan ia sebenarnya dikesan mula tular pada awal bulan Oktober 2018 lalu di Chenai, India.

Masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak benar dari sumber tidak sah sehingga boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada orang ramai.

Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
4 November 2018

Penafian Sebaran Mesej Pihak Polis Meletakkan Dadah Di But Kenderaan
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2019 8.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM