
Article
Penafian Sebaran Berita Palsu Berkaitan Iklan Tawaran Pengambilan Pdrm 20240702
Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular mengenai iklan tawaran pengambilan jawatan PDRM di beberapa platform media sosial yang tela...
Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular mengenai iklan tawaran pengambilan jawatan PDRM di beberapa platform media sosial yang telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Orang ramai diminta untuk mengabaikan dan tidak menyebarkan maklumat tersebut.
Segala maklumat tentang pengambilan baharu PDRM boleh dirujuk di media sosial rasmi Unit Pengambilan PDRM (Facebook, Instagram dan Telegram) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia