Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pelajar Sekolah Antara Ditahan Sertai Parti Liar Di Sebuah Kondo

Published: 09 Nov 2018 12.14 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2018 - Sembilan pelajar sekolah antara 45 individu yang ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah kondominium di Seri Kembangan dekat Serdang, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pelajar-sekolah-antara-ditahan-sertai-parti-liar-di-sebuah-kondo
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Kuala Lumpur, 9 November 2018 - Sembilan pelajar sekolah antara 45 individu yang ditahan ketika menyertai parti liar di sebuah kondominium di Seri Kembangan dekat Serdang, kelmarin.

Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat PolisDaerah (IPD) Serdang pada kira-kira 3.45 pagi itu, kesemua individu berkenaan berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengambilan dadah dan alkohol.

"Parti liar itu dipercayai diadakan lebih 24 jam dan kesemua suspek menerima jemputan tertutup melalui media sosial selain perlu membayar caj masuk sekurang-kurangnya RM60," kata Ketua Polis Serdang ACP Ismadi Borhan pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya mereka yang ditahan berusia antara 14 tahun dan 26 tahun, iaitu lapan perempuan dan 37 lelaki termasuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Beliau berkata hasil pemeriksaan di premis itu polis merampas 11 biji pil ekstasi dan dua peket plastik mengandungi serbuk ketamin.

"Ujian air kencing ke atas semua suspek mendapati hanya 32 orang positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi positif ganja,” kata Ismadi.

Kesemua individu itu ditahan reman empat hari mulai semalam, katanya.

Siasatan awal polis juga mendapati terdapat beberapa lagi kumpulan remaja dan belia yang aktif menganjurkan parti seumpama itu di sekitar Lembah Klang.

- BERNAMA

ArticlePublished 09 Nov 2018 12.14 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM