Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pegawai Syarikat Putih Mata Ditipu Rm1 2 Juta Sindiket Macau Scam

Published: 16 Oct 2018 4.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Subang Jaya, 15 Oktober 2018 - Seorang pegawai syarikat pelaburan berputih mata selepas ditipu sindiket Macau Scam sebanyak RM1.2 juta, 5 Oktober lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pegawai-syarikat-putih-mata-ditipu-rm1-2-juta-sindiket-macau-scam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:48 MYT

Subang Jaya, 15 Oktober 2018 - Seorang pegawai syarikat pelaburan berputih mata selepas ditipu sindiket Macau Scam sebanyak RM1.2 juta, 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, wanita berusia lingkungan 50-an bekerja di Kuala Lumpur itu menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Mahkamah Kuala Terengganu.

Menurutnya, suspek memberitahu terdapat individu menggunakan nama mangsa untuk tujuan pinjaman peribadi.

Mangsa menafikan ada membuat pinjaman peribadi sebelum sindiket menyambungkan panggilan ke talian lain dan bercakap dengan seorang perempuan memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu.

"Mangsa diberitahu hasil semakan nama dan kad pengenalan dapati dia terlibat dengan kes pengubahan wang haram melibatkan transaksi wang berjuamlah RM1.48 juta.

"Suspek minta mangsa ambil cuti bagi urus segala akaun milik pengadu dan cari kesemua dokumen kewangan yang berkaitan untuk di temuduga melalui panggilan telefon oleh Jabatan Audit Negara," katanya.

Mangsa yang panik dan ketakutan mengikut arahan suspek. Dia pergi ke cawangan akaun banknya dibuka bagi membolehkan dia melakukan transaksi pindahan wang dengan jumlah besar.

"Wanita itu pindahkan semua wang miliknya ke empat akaun bank berbeza antara 5 Oktober hingga 10 Oktober lalu.

"Kesemua transaksi pindahan wang dilakukan di kaunter bank. Dia akhirnya sedar diperdaya setelah suaminya menghubunginya," katanya.

Mohammad Azlin berkata, beliau kesal apabila mangsa maklumkan tidak pernah tahu mengenai penipuan Macau Scam.

"Polis dah lakukan pelbagai usaha selama ini untuk elakkan ramai jadi mangsa. Yang saya kecewa ada yang jadi mangsa boleh pula diamkan diri tak beritahu sesiapa," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Pegawai Syarikat Putih Mata Ditipu Rm1 2 Juta Sindiket Macau Scam
ArticlePublished 16 Oct 2018 4.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM