Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Peniaga Bakso Suap Polis Didenda Rm100 Ribu

Published: 01 Jul 2022 3.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 1 Julai 2022 - Seorang peniaga bakso didenda RM100,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis bertujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan pada serbuan, November tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-peniaga-bakso-suap-polis-didenda-rm100-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Seremban, 1 Julai 2022 - Seorang peniaga bakso didenda RM100,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis bertujuan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan pada serbuan, November tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Zaed Asan, 34, diperintahkan untuk dipenjara 24 bulan jika gagal melunaskan denda berkenaan. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama telah secara rasuah memberikan suatu suapan iaitu wang tunai RM200,000 kepada seorang ejen kepada PDRM sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan pada serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Lima rakan tertuduh itu ditahan atas kesalahan jenayah penipuan pelaburan di sebuah apartmen di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 13 November 2021.

Kesalahan itu dilakukan di dalam kereta Volkswagen Passat di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Nilai Square Commercial Centre, kira-kira jam 1.20 pagi, 14 November 2021.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#01072022

May be an image of 3 people and text that says 'MOHD tengah engakan bersalah atas pertuduhan asuah kepada nucsoca polis. Peniaga bakso suap polis didenda R
ArticlePublished 01 Jul 2022 3.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM