Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Penganggur Didakwa Cuba Sogok Asp Rm120 000

Published: 15 Jun 2021 5.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 15 Jun 2021 - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberikan suapan kepada seorang pegawai polis kanan sebagai dorongan melepaskan dirinya daripada siasatan memiliki dadah jenis Syabu, bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-penganggur-didakwa-cuba-sogok-asp-rm120-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:27 MYT
Shah Alam, 15 Jun 2021 - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberikan suapan kepada seorang pegawai polis kanan sebagai dorongan melepaskan dirinya daripada siasatan memiliki dadah jenis Syabu, bulan lalu.

Tertuduh, Abd. Aziz Abdullah @ Shariff, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafte.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat orang anak itu menawarkan suapan wang tunai berjumlah RM120,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Suapan itu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang kerana memiliki dadah jenis Syabu yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Difahamkan tertuduh memiliki dadah dianggarkan seberat lima kilogram.

Kesalahan itu dilakukan Abd. Aziz di kawasan tempat letak kenderaan di Transit Aliran Massa (MRT) Sri Damansara pukul 6 petang, 24 Mei lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of one or more people and text that says 'Ûenaadar mem- Penganggur didakwa cuba sogok ASP RM120,000 SHAH ALAM Seorang pen- Pejabat Polis K
ArticlePublished 15 Jun 2021 5.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM