
Artikel
Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Dato Ayob Khan Tidak Gentar Pernah Cuba Disogok As 50 000 Dan Nyawa Diancam
Shah Alam, 14 September 2021 - Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur berhubung isu rasuah walaupun cu...
Shah Alam, 14 September 2021 - Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur berhubung isu rasuah walaupun cuba ‘ditembusi’ melalui pegawai yang rapat dengannya dan nyawa diancam.
Dato’ Ayob Khan mendedahkan, beliau pernah cuba disogok oleh warga asing ketika bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.
“Mengikut maklumat pegawai saya, saya diberitahu ada seorang wanita cuba sogok saya sebanyak AS$50,000 (RM200,000) bagi membebaskan teman lelaki warga asing daripada dikenakan tindakan kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen anggota Al-Qaeda,” dedahnya secara eksklusif ketika program Kafe Rasuah Busters yang disiarkan di Facebook Rasuah Busters pada Isnin.
Menurut Dato’ Ayob Khan, selain cuba disogok, beliau turut menerima ancaman dan ugutan daripada tekong di Batam, Indonesia susulan tindakan tegas polis terhadap pendatang tanpa izin dalam Op Benteng.
“Ada tekong paling terkenal di Batam buat ugutan kononnya menghantar tiga orang ke Johor untuk mengambil tindakan terhadap saya. Setakat ini, saya dimaklumkan pihak berkuasa Indonesia telah mengambil tindakan terhadap individu itu pada empat atau lima bulan lalu,” jelasnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.