Kuala Lumpur, 9 Julai-Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 2000 bungkusan hari raya daripada pergerakan Wanita UMNO Malaysia dalam majlis Jalinan Ramadhan 2015 di Maktab PDRM Kuala Lumpur pagi tadi.
Seperti lazimnya, majlis ini seakan menjadi satu tradisi apabila pasukan keselamatan dan penyelamat negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta Jabatan Penjara Malaysia akan menerima sumbangan bungkusan hari raya sebagai simbolik bertugas menjaga negara pada hari lebaran kelak.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil berkata, kaum wanita yang juga isteri serta ibu adalah nadi utama dan tulang belakang kepada suami atau anaknya yang akan menjalankan amanah dan kewajipan melindungi negara bukan sahaja pada hari lebaran malah pada setiap masa.
"Wanita sentiasa memberikan sokongan padu dan moral yang tinggi kepada pasukan keselamatan dan penyelamat yang terpaksa berkorban berhari raya tanpa keluarga tersayang di sisi demi memenuhi tuntuan kerja" katanya.
Dalam majlis tersebut, PDRM menerusi Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim telah menerima bungkusan tersebut manakala 2000 bungkusan lagi diberikan kepada ATM dan 500 bungkusan pula masing-masing diberikan kepada APMM, JPAM, jabatan Bomba serta Jabatan Penjara Malaysia.
Hadir sama, pegarah-pengarah PDRM, para pegawai kanan serta anggota dari setiap agensi yang terlibat, ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) serta ahli-ahli pergerakan wanita UMNO.
Ketibaan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil
Bacaan doa...
Ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil
Ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menerima bungkusan hari raya dari Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri menerima cenderahati dari Datuk Seri Panglima Shahrizat Abdul Jalil
Pengacara majlis
Sesi bergambar kenangan
Barisan Pengarah-pengarah PDRM
Bergambar kenangan
Bergambar kenangan
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pdrm Terima 2000 Bungkusan Hari Raya
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 2000 bungkusan hari raya daripada pergerakan Wanita UMNO Malaysia dalam majlis Jalinan Ramadhan 2015 di Maktab PDRM Kuala Lumpur pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-2000-bungkusan-hari-raya
Scan to view the latest live version.