Artikel
Pdrm Sertai Program 100 Hari Aspirasi Keluargamalaysia Di Klcc
Kuala Lumpur, 9 Disember 2021 - Sebagai menzahirkan sokongan bagi Sambutan 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam...
Kuala Lumpur, 9 Disember 2021 - Sebagai menzahirkan sokongan bagi Sambutan 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik tersedia buat para pengunjung seperti pameran dan galeri, persembahan seni budaya, "e-games", cabutan bertuah dengan hadiah istimewa, sukan rakyat, karnival kerjaya serta pelbagai acara lagi.
Sepanjang program tersebut juga, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil turut mengadakan “booth” yang mempamerkan aset jabatan selain perkongsian maklumat berkaitan pencegahan jenayah.
Turut mendapat sambutan pengunjung adalah kaunter Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula hari ini hingga 12 Disember sepertimana kenyataan Pengarah JSPT, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim, semalam.
Orang ramai juga boleh menikmati diskaun tersebut melalui pembayaran secara dalam talian di portal dan aplikasi MyBayar Saman serta balai polis trafik di semua Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen.
Turut hadir dalam program tadi adalah Pengarah JSJN, CP Dato' Razarudin Husain, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN, SAC Tuan Adnan Azizon dan pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Shazril Abd Rashid.




Jurugambar: Koperal Muhammad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Shazril Abd Rashid.