
Pdrm Sertai Pertandingan Menembak Sprm Bersama Media
Kajang, 12 Oktober 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Program Menembak Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang, di sini, pagi tadi.
Program anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menyaksikan tiga kategori dipertandingkan iaitu acara ketepatan individu, berpasukan dan jatuhan piring.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dipilih menjuarai kategori VIP dengan kutipan mata sebanyak 178 mata dengan perbezaan enam mata dihadapan naib juara Timbalan Pesuruhjaya Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM, Tuan Mohamad Soib Abdullah untuk kategori tersebut.
Manakala bagi kategori media, pasukan Astro Awani muncul Johan dan pasukan Jabatan Penjara Kajang pula menjuari kategori agensi keselamatan.
Selain menguji tahap kemahiran menembak para peserta, program seumpama itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara rakan media dengan kesemua agensi yang terlibat.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa koya, Timbalan Ketua Persuruhjaya (Operasi) SRPM, Datuk Seri Azam Baki, Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Datuk Narendar Singh Chand Singh dan Ketua Unit Kawalan, Unit Tindak Khas (UTK), DSP Al-Amin Mukammal Abdul Razak.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama peserta Pertandingan Menembak Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang.
Sekitar Pertandingan Menembak Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang.
Sekitar Pertandingan Menembak Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang.
Perasmian Gimik dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa Koya di Pertandingan Menembak Bersama media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang.
Perasmian Gimik dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa Koya di Pertandingan Menembak Bersama media di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang.