Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Sentiasa Perkukuhkan Aspek Kebajikan Demi Kecemerlangan Warga Pasukan Kpn

Published: 24 Feb 2022 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Khamis, 24 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Februari 2022 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi yang diadakan di Dataran Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sentiasa-perkukuhkan-aspek-kebajikan-demi-kecemerlangan-warga-pasukan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:17 MYT
Khamis, 24 Februari 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Februari 2022 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi yang diadakan di Dataran Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Dalam amanatnya di hadapan lebih kurang 170 warga kerja Bukit Aman, Tan Sri Acryl Sani menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha memperkukuhkan aspek kebajikan warga Pasukan dari segi logistik, kos sara hidup dan “worklife balance” bagi meningkatkan keupayaan, keberkesanan, prestasi serta imej PDRM sebagai sebuah institusi penguatkuasa yang terulung dan profesional.

Justeru, beliau mengumumkan bahawa PDRM telah menerima peruntukan sebanyak RM35 juta bagi membaik pulih beberapa buah balai, pondak polis dan kuarters agar fasiliti yang disediakan untuk warga Pasukan tersebut sentiasa pada tahap optimum.

“Sebanyak RM47.19 juta peruntukan juga diluluskan yang melibatkan 251 pelbagai jenis kenderaan baharu yang akan diterima oleh Cawangan Pengangkutan supaya mekanisme pengoperasian penugasan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan berkesan,” tambah beliau.

Dalam masa sama, Tan Sri Acryl Sani turut mengingatkan para petugas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti agar menjalankan tanggungjawab dengan berhemah dan profesional mengikut lunas undang-undang dan sentiasa menjaga kawalan kesihatan kendiri sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

Turut berlangsung dalam majlis tadi ialah penyampaian Sijil Penghargaan KPN kepada 45 orang warga kerja dari pelbagai jabatan yang telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang dalam perkhidmatan di PDRM.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Jurugambar: Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar.

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people, outdoors and text that says 'JABATAN LOGISTIK'


ArticlePublished 24 Feb 2022 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM