Article
Pdrm Sahut Kempen Geng Subuh Macam Jumaat
Jangan lupa untuk bersama-sama kami. Jumpa anda di Masjid Bukit Aman!
Insya-Allah, Polis Diraja Malaysia akan menjadi agensi Kerajaan pertama di negara yang menyahut seruan Kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' menerusi program sulungnya #GengSubuhMacamJumaatPDRM yang bakal berlangsung di Masjid Bukit Aman pada hari Ahad, 4 Februari depan.
Acara yang dijangka bermula pada jam 5.30 pagi itu turut disertai oleh selebriti yang menggerakkan kempen tersebut iaitu saudara Alif Satar.
Penghargaan dan terima kasih saudara Alif atas seruan dan gerakan yang dibuat untuk sama-sama kita mengimarahkan rumah Allah.
Jangan lupa untuk bersama-sama kami. Jumpa anda di Masjid Bukit Aman!
