Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Rangkul Tempat Pertama Anugerah Inovasi Kdn

Published: 13 Oct 2023 2.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2023, di Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rangkul-tempat-pertama-anugerah-inovasi-kdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:21 MYT
Putrajaya, 13 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tempat pertama dalam Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2023, di Kompleks Setia Perkasa, di sini, semalam.

Dalam pertandingan tersebut, PDRM telah mempertaruhkan produk inovasi Semak Mule daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan MyBayar PDRM daripada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik sekali gus berjaya menewaskan tujuh agensi lain di bawah KDN yang turut bertanding.

Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia pula masing-masing berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbesar hati menyampaikan replika cek berjumlah RM3,000 kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, CP Dato’ Nerita Yaacob semasa Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi KDN, pagi tadi.

Seluruh warga PDRM mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pegawai kumpulan inovasi yang terlibat dalam pertandingan ini!

ArticlePublished 13 Oct 2023 2.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM