Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Rai 35 Tahun Bakti Tan Sri Ayob Khan Demi Pasukan Dan Negara

Diterbitkan: 26 Jul 2026 1.54 PM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 26 Julai 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menjulang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena persaraan wajib beliau selepas 35 tahun menabur bakti dalam mempertahankan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rai-35-tahun-bakti-tan-sri-ayob-khan-demi-pasukan-dan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
Kuala Lumpur, 26 Julai 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menjulang dan menghargai segala jasa serta pengorbanan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena persaraan wajib beliau selepas 35 tahun menabur bakti dalam mempertahankan keselamatan, kedaulatan dan keamanan negara.

Penghormatan tersebut dizahirkan menerusi Majlis Paluan Berundur yang berlangsung penuh istiadat di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi. Warga Sang Saka Biru berhimpun bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seorang pemimpin yang telah mencorakkan landskap kepolisan negara dengan kepimpinan yang tegas, berprinsip dan berintegriti.

Tan Sri Ayob Khan yang hadir bersama isteri tercinta, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Mengimbau perjalanan beliau dalam Pasukan, Tan Sri Ayob Khan dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani, tegas dan sentiasa meletakkan kepentingan Pasukan serta negara mengatasi segala-galanya. Prinsip kepimpinan yang berteraskan integriti, amanah dan keberanian menjadikan beliau antara tokoh keselamatan yang paling disegani di negara ini.

Kerjaya beliau dalam PDRM bermula sebagai Pegawai Kadet ASP sebelum menyertai Cawangan Khas, sebuah cabang yang menuntut kebijaksanaan, ketelitian dan keberanian dalam mempertahankan keselamatan negara. Kepakaran beliau dalam bidang risikan, keganasan, ekstremisme dan jenayah terancang menjadi asas kepada pelbagai kejayaan besar Pasukan dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Sepanjang lebih tiga dekad perkhidmatan, beliau pernah menerajui Cawangan E8 (Counter Terrorism), Cawangan Khas Bukit Aman sebelum diberi kepercayaan menyandang beberapa jawatan strategik termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan akhirnya dilantik sebagai Timbalan KPN.

Terdahulu, telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan KPN dan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, PULAPOL Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Ayob Khan menyerahkan tugas Timbalan KPN kepada Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Ibrahim Darus sebagai pemangku dengan disaksikan oleh KPN. Upacara dimulakan dengan menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas sebelum diteruskan dengan penyerahan tongkat kuasa sebagai simbol rasmi peralihan kepimpinan.

Turut berlangsung ialah Majlis Serah Terima Tugas Naib Pengerusi PERKEP Malaysia daripada Puan Sri Dato’ Zalena kepada Datin Sri Zanilatul Kamariah Zakaria yang akan memangku jawatan tersebut. Penyerahan itu disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah.

Berucap pada majlis tersebut, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menyifatkan Tan Sri Ayob Khan sebagai seorang pemimpin yang sarat dengan komitmen, ketegasan dan integriti serta tidak pernah berganjak daripada prinsip dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata, ketegasan Tan Sri Ayob Khan dalam membanteras anasir militan dan mempertahankan integriti Pasukan wajar dijadikan teladan oleh seluruh kepimpinan PDRM.

Legasi Tan Sri Ayob Khan akan terus mekar dalam setiap langkah warga Sang Saka Biru yang menjunjung tinggi nilai integriti, keberanian dan amanah dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara.

Seluruh warga PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, bakti serta pengorbanan Yang Dihormati Tan Sri Ayob Khan sepanjang berkhidmat kepada Pasukan dan negara.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta limpahan rahmat-Nya kepada Yang Dihormati Tan Sri Ayob Khan dan sekeluarga.

Selamat bersara, Tan Sri Ayob Khan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Legasi Tan Sri Ayob Khan akan terus terpahat dalam lipatan sejarah Sang Saka Biru sebagai lambang ketegasan, integriti dan keberanian, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi warga PDRM dalam meneruskan amanah mempertahankan keamanan, kedaulatan dan kesejahteraan negara.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Khairunisa Ibrahim, Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Sabri.

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎س 球理 காிணசகரர் MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DI ANTARA YDH DIG TAN SRI AYOB KHAN BI

May be an image of dais and text that says 'PERKER MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DI ANTARA YBHG. PUAN SRI ΠAΤO? ZALENA BINTI MOHD ARIFFIN NAIB PENGERUS] PERK

May be an image of text

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of headscarf and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎PILAPON PDRM PULAPOL KL PULAPOL KL PDRM PILAPIL PDRM PULAFOL PULAPOL APOL 女味 PILAFCE PDRM 東日

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'PDRM M PULAPOL PULA PDRM PULEPEL PDRM PULAPOL KL F PULAPOL KL PLLAPEL PDRM PHLAPEL PDRM PULAPOL KL POL တင

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 26 Jul 2026 1.54 PMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM