Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Polairud Bekerjasama Banteras Najis Dadah Di Lautan

Published: 04 Sep 2019 7.09 AM Updated: 17 Jul 2026 12.15 PM
Muar, 4 September 2019 - Pasukan Polis Marin dan Kepolisan Perairan dan Udara (POLAIRUD, Kepolisian Republik Indonesia (POLRI) akan bekerjasama dan meningkatkan operasi membanteras penyeludupan najis dadah di perairan kedua-dua negara, terutama di perairan Muar, Johor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-polairud-bekerjasama-banteras-najis-dadah-di-lautan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:37 MYT

Muar, 4 September 2019 - Pasukan Polis Marin dan Kepolisan Perairan dan Udara (POLAIRUD, Kepolisian Republik Indonesia (POLRI) akan bekerjasama dan meningkatkan operasi membanteras penyeludupan najis dadah di perairan kedua-dua negara, terutama di perairan Muar, Johor.

Menurut Timbalan Komander PPM Wilayah Dua, Superintendan Haji Noor Azman Jamal, perkara itu dicapai dalam pertemuannya dengan delegasi POLAIRUD Daerah Riau yang diketuai, Kombes Polisi Badarudin Dir dan Ketua Bahagian Narkotik Daerah Riau, AKBP Rudy, semalam.

"Antara isu pokok yang disentuh dalam pertemuan ini adalah berkaitan penyeludupan dadah di perairan Selat Melaka.

"Kita (PDRM dan POLRI) turut membincangkan berkaitan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kecurian serta penyeludupan hasil marin dari negara Indonesia ke negara jiran seperti Vietnam," ujar beliau.

Program Rendezvous (RV) di antara PPM dan POLAIRUD itu turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Sumber: Pasukan Polis Marin

1

2

7

6

5

4

3
ArticlePublished 04 Sep 2019 7.09 AMUpdated 17 Jul 2026 12.15 PM