Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Petronas Perbaharui Mou Kerjasama Strategik

Diterbitkan: 14 Aug 2026 12.00 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 10.02 PM
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 2026 hingga 2029, dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik meliputi pengurusan risiko keselamatan, operasi, siasatan serta latihan berkaitan aset dan warga kerja PETRONAS.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-petronas-perbaharui-mou-kerjasama-strategik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:56 MYT
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh 2026 hingga 2029, dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik meliputi pengurusan risiko keselamatan, operasi, siasatan serta latihan berkaitan aset dan warga kerja PETRONAS.

Pembaharuan MoU berkenaan merupakan kesinambungan kepada kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak sebelum ini yang telah menyumbang kepada penambahbaikan pengurusan keselamatan dan operasi PETRONAS, sekali gus memperkukuh hubungan strategik berteraskan kesepakatan, kepercayaan serta komitmen bersama.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Yang Mulia Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur (KLCC).

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa pembaharuan MoU itu menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih mampan antara PDRM dan PETRONAS, khususnya dalam mempertingkat perkongsian maklumat, koordinasi operasi serta kesiapsiagaan dalam menghadapi ancaman keselamatan yang kian kompleks.

“Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat terus menyumbang kepada usaha memperkukuh keselamatan negara, melindungi aset-aset strategik kita, serta memastikan kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Malaysia terus terpelihara,” ujar beliau.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zulkifli Abidin, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta para pegawai kanan PDRM dan pegawai pengurusan kanan PETRONAS.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text that says 'PETRONAS Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengar

May be an image of dais and text that says '14 Ogos2026|11.00pagi Ogos 2026 Ogos2026 11 0 pagi Dewan Filharmonik PETRONAS. KLCC ごラK 焼 ない香 さ

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2026 12.00 AMDikemas kini 21 Aug 2026 10.02 PM