Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Perkukuh Kerjasama Dengan Ukm Dalam Memerangi Ancaman Dadah Dan Nps

Diterbitkan: 08 Jan 2024 8.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 Januari 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) meneruskan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meningkatkan keupayaan penyiasatan saintifik JSJN khususnya dalam memerangi ancaman dadah dan bahan psikoaktif baharu (NPS).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-perkukuh-kerjasama-dengan-ukm-dalam-memerangi-ancaman-dadah-dan-nps
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT
Kuala Lumpur, 8 Januari 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) meneruskan kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meningkatkan keupayaan penyiasatan saintifik JSJN khususnya dalam memerangi ancaman dadah dan bahan psikoaktif baharu (NPS).

Bagi menjayakan usahasama ini, PDRM berbesar hati menyerahkan "mock cheque" bernilai RM1.2 juta kepada UKM yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman di Tingkat 31, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, pagi tadi.

Dalam sidang media yang diadakan, Dato’ Sri Ayob Khan berkata penyerahan dana RM1.2 juta kepada pihak UKM ini bertujuan bagi sewa beli instrumen makmal termasuklah meningkatkan keupayaan penggunaan fasiliti makmal dalam melaksanakan penyelidikan komprehensif berkaitan dadah.

"Dana ini juga akan dimanfaatkan untuk penganjuran latihan kepakaran forensik narkotik khususnya warga JSJN", ujar beliau lagi.

Kerjasama yang sedia terjalin sejak 21 Oktober 2022 itu memberi impak positif kepada JSJN apabila pihak UKM menyediakan kepakaran merangkumi aspek penyelidikan dan latihan serta fasiliti makmal bagi menambak baik penyiasatan.

Seusai majlis tersebut telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM dan UKM yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan KPN di Bilik Mesyuarat KPN.

Mesyuarat tersebut bertujuan merangka strategi kajian jangka panjang dalam aktiviti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang sains forensik serta menggalakkan hubungan akademik. Selain itu, percirian jenis dadah baharu dan pangkalan data forensik oleh UKM turut dibentangkan kepada PDRM.

Hadir sama, Pengarah JSJN, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, barisan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, barisan Timbalan Naib Canselor UKM, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor dan Pengarah Bahagian DNA Forensik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Puan Nor Aidora Saedon.

Jurugambar: RMP PDRM TV

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 15 people, suit and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people, clarinet, saxophone and text

May be an image of 7 people and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, newsroom and text


ArtikelDiterbitkan 08 Jan 2024 8.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM