Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Mulakan Kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi Ke 37

Diterbitkan: 05 Oct 2019 3.00 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai RMP Blues akan memulakan kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-37 dengan menentang Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Kangar, 4 petang hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-mulakan-kempen-kejohanan-ragbi-piala-agong-edisi-ke-37
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:17 MYT

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2019 - Pasukan ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih dikenali sebagai RMP Blues akan memulakan kempen Kejohanan Ragbi Piala Agong edisi ke-37 dengan menentang Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Kangar, 4 petang hari ini.

Kejohanan yang bermula pada 5 Oktober hingga 25 November 2019 tersebut, menyaksikan RMP Blues berada dalam Kumpulan B Division 2 bersama pasukan Perlis dan Pulau Pinang.

Pengurus Pasukan RMP Blues, Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, beliau bersama Ketua Jurulatih, Mohd Mazuri Sallehuddin sangat optimis untuk membawa cabaran pasukan RMP Blues ke tahap yang lebih tinggi pada edisi kali ini.

“Kita percaya pasukan RMP Blues mampu memberikan saingan hebat kepada pasukan yang lain berikutan beberapa pencapaian sepanjang 2019 yang berjaya menaikkan nama PDRM iaitu juara Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 dan Piala Rujirawongse 2019,” katanya lagi.

Pasukan RMP Blues diketuai oleh Kapten Ragbi 7s Kebangsaan, Kadet Inspektor Zulkiflee Azmi dan Mohd Nurazman Ramli serta diperkukuhkan lagi dengan empat pemain import dari Fiji.

Kali terakhir pasukan ragbi PDRM menjuarai Kejohonan Ragbi Piala Agong adalah pada 1991.

Selamat maju jaya RMP Blues!

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#rmprugby
#pdrmrugby
#pialaagong2019

Image may contain: one or more people and outdoor

ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2019 3.00 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM